Kenapa Rosmah Tidak Ditangkap Sekali. Ini Sebab Sebabnya

PUTRAJAYA – Tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melibatkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, setakat ini tangkapan hanya dibuat terhadap Najib dan tidak melibatkan indvidu lain.

“Jangkaan tiada penahanan lain dalam masa terdekat sama ada membabitkan Datin Seri Rosmah atau yang lain,” katanya.

Menurutnya, kertas siasatan kes terhadap Najib sudah lengkap dan Peguam Negara, Tommy Thomas telah bersetuju untuk melakukan pendakwaan terhadap Najib.

“Kertas siasatan SRC International sudah lengkap dan Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk mendakwa Najib,” katanya.

Najib ditahan ditahan pegawai penyiasat SPRM di kediamannya di Langgak Duta jam 2.35 petang tadi.

Dalam satu kenyataan Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan bekas perdana menteri itu akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pukul 8.30 pagi esok.

Beliau dipercayai disiasat dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 21 Akta SPRM berkaitan pecah amanah oleh penjawat awam dan juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (Amla) 2001.

SUMBER : SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *